SALOK LADA

Publish on : Sunday, March 02, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan bahannya:
  • 3 ekor iakan kembong (rebus) 
  • 7 biji cili hijau (cili solok) 
  • 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) 
  • 3 camca besar kerisik 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci halia 
  • 1/2 sudu teh lada hitam 
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 camca besar gula 
  • 1/2 cawan santan pekat. 


Cara-caranya:
1: Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja (tumbuk halus)

2: Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus

3: Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus

4: Gaulkan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi , masukkan gula, garam dan kerisik, gaul rata

5: Cili dicuci dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya

6: Sumbatkan bahan bahan nombor 4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sehingga santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering.

7: Siap untuk dihidangkan




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner