RENDANG AYAM

Publish on : Monday, March 03, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan-bahannya:

Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
garam


Bahan Kisar:
  • 20-40 biji cili padi 
  • 1.5 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3-4 batang serai
  • 12 ulas bawang merah – hiris
  • 6 ulas bawang putih – hiris
  • (Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

  • 1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
  • 4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) – (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 sudu besar kerisik 

  • Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
  • garam secukup rasa



Cara-caranya:

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit

Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala

Kemudian masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa

Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)

Selepas dalam 15 minit boleh teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner