
Bahan-bahan:
- 1kg Daging
- 10 biji bawang kecik
- 3inci halia
- 2labu bawang putih
- 1/2kg cili masak
- 1genggam asam jawa
- 1/2 cwn santan pekat
- garam secukup rasa
- 1sk gula (terpulang)
- 1sk serbuk perasa (terpulang)
- 1/2kg minyak masak
cara-caranya:
1kg daging potong 5 rebus bersama asam jawa dengan sedikit garam dan gula(agak2 jer)
simpan air rebusan letak ketepi,
selepas empuk daging sejukkan kemudian potong leper sebesar 3jari, kemudian ditumbuk sedikit tak perlu lumat agak2 sahaja, lepastu baru kita goreng didalam minyak yg panas dan sedikit garing terpulang nak garing atau separuh garing, dah siap goreng letak ketepi.
bahan2 diblend kasar:
cili masak,bawang putih,halia,bawang kecil. gantijan air dgn masukkan air rebusan daging tadi diblend bersama..
lebih sedap sekiranya ditumbuk kasar..
panaskan minyak, masukkan bahan yang diblend kasar tadi sehingga cili masak dan garing,kalau ada baki air rebusan juga boleh dimasuk dicili garing ini, lepastu masukkan santan pekat kacau lagi hingga kering masuk garam gula perasa dan rasa bolehlah masuk daging yg goreng tadi dah siap bole dihidang
*Nota: kalau direbus sedikit bersama air kelapa, daging terasa ummphh sikit

Tweet Follow @_BeaRBeE_













