KUEY TEOW PENANG

Publish on : Sunday, March 02, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan-bahannya:
  • Kuey teow (200g)
  • Udang (100g)
  • Sotong (100g)
  • Tauge (1 cawan)
  • Daun kucai 
  • Kicap pekat (2 sudu besar)
  • Kicap cair (2 sudu besar)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang merah (4 ulas) -Cili Merah -Tepung gandum (sedikit)
  • Garam (sedikit)


1-Potong halus bawang merah dan gaulkan dengan tepung gandum dan sedikit garam.

2-Setelah itu, panaskan minyak dan goreng bawang tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

3-Kemudian,rebus udang, angkat dan toskan airnya. Lakukan proses yg sama untuk sotong.

4-Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi, dan masukkan udang dan sotong rebus tadi.

5-Selepas itu, masukkan kuey teow, kicap cair dan kicap pekat. Gaul hingga semua bahan sebati.

6-Kemudian, masukkan air rebusan udang dan sotong tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau.

7-Setelah semua bahan sebati, masukkan daun kucai dan kacau hingga layu.

8-Akhir sekali, masukkan tauge dan cili merah. Kacau hingga sedikit layu dan semua bahan sebati. Kuey Tiaw Penang sedia untuk dihidang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner