MATI DI INAP DESA LEPAS 17 JAM NAHAS

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Kuantan: Seorang lelaki yang cedera selepas terbabit kemalangan jalan raya malam Selasa lalu, sempat minum bersama rakannya sebelum meninggal dunia di sebuah inap desa di sini, kelmarin.


Kira-kira 9 malam Selasa lalu, Pong Kim Loong, 42, jurujual kereta dari Petaling Jaya, Selangor memandu kereta PERODUA Myvi berhenti di persimpangan Jalan Mat Kilau di sini, untuk ke Jalan Air Putih, di sini apabila keretanya dilanggar sebuah lagi PERODUA Myvi yang hilang kawalan.


Kereta dipandu Pong rosak teruk, tetapi dia hanya cedera ringan dan enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya terus pulang ke inap desa itu di Lorong Seri Teruntum, di sini.


Pemilik inap desa terbabit dikenali sebagai Lim, 40, berkata Pong pulang beberapa minit untuk menukar pakaian sebelum keluar untuk minum bersama rakannya di restoran berhampiran.


Katanya, mangsa tidak menunjukkan tanda sakit atau atau luka pada badan, malah sempat menyapanya yang ketika itu sedang membersihkan inap desa berkenaan.


“Pong mendaftar masuk jam 12 tengah hari Selasa lalu, kerana mempunyai urusan kerja serta bertemu rakan lamanya.



“Keesokannya (Rabu), saya melihat badannya sudah lemah dan dia berehat di kerusi ruang tamu. Pada jam 2.30 petang, saya lihat dia tidak sedarkan diri,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.


Lim yang panik dengan keadaan Pong segera menghubungi ambulans yang tiba 15 minit kemudian dan pasukan paramedik mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.



Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman ketika dihubungi mengesahkan kenderaan yang dipandu Pong dilanggar kereta lain di persimpangan berkenaan.




SUMBER : HARIAN METRO







PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner