BAKED SARDINE ROLL

Publish on : Friday, March 07, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Resepi Asal : K1@Citarasawan

BAHAN-BAHAN

A. Inti Sardine

  • 1 tin sardine saiz sederhana
  • 1 biji cili merah cincang
  • 5 - 7 biji cili api cincang
  • 1/2 batang celery dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu kecil lemon jus
  • Garam dan gula secukup rasa..
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak/butter utk menumis

B. Pastry Doh
  • 300 gm tepung gandum
  • 120 gm margerine/butter sejuk dari fridge
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 - 5 sudu besar air sejuk dari fridge....@ secukupnya sehingga dough boleh dibentuk/dikepal

  • 1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu segar utk sapuan atas pastry sardine roll..



CARA-CARA PENYEDIAANNYA...

A. Inti Sardine
  1. Isi sardine dhancurkan bersama2 dengan sosnya...ketepikan
  2. Panaskan minyak/Butter didalam kuali...tumiskan bawang....tumis sekejap je...tak perlu sampai bawang layu...
  3. Masukkan sardine....cili merah .. cili api cincang dan juga celery...tambahkan garam..gula dan serbuk lada hitam....kacau sebati...
  4. Akhir sekali masukkan jus lemon....siap dah....letakkan inti dalam tapisan...bertujuan utk mengeluarkan lebihan minyak yg ada dalam inti....


B. Pastry Doh
  1. Masukkan tepung ...garam ....kedalam food processor ...gaul/kisar sebati....
  2. Butter/margerine sejuk...dipotong dadu....kemudian masukkan kedalam adunan tepung...gaul/kisar sebati...
  3. Masukkan sedikit demi sedikit air sejuk ais kedalam adunan sambil digaul sebati...bila adunan sudah boleh dikepal @ dibentuk...bermakna pastry doh sudah boleh digunakan....
  4. Canai pastry setebal 3mm...dan potong persegi 4 x 4 inci..
  5. Isikan setiap potongan pastry dengan inti sardin..
  6. Sapukan tepi/hujung pastry dgn putih telur....dan gulung kemas..susun diatas dulang pembakar yang telah disapukan dengan shotening....
  7. Sapukan kuning telur diatas permukaan pastry....
  8. Cucukkan permukaan dengan garpu @ guntingkan/kelar bahagian atas pastry sebelum dibakar
  9. Bakar menggunakan oven 180 darjah celcius utk 10 minit yang pertama...kuarkan dari oven...sapukan kuning telur sekali lagi...(supaya warna kuningnya lebih terang....)
  10. Kurangkan suhu 130 darjah celcius dan bakar lagi dalam lingkungan 15 minit @ sehingga masak..

** Doh pastry agak keras tetapi jangan ditambah air...Doh akan rangup selepas dibakar....

Nota :
Jika menggunakan tgn utk menguli....prosesnya...masukkan tepung kedalam mangkuk pengadun...masukkan garam...kemudian masukkan butter/margerine yg telah dipotong kiub tadi...lakukan teknik gaul dan ramas..sehingga adunan menyerupai serbuk roti...masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal @ dibentuk.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner