HENTI TABIAT GIGIT KUKU

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Sebahagian orang mempunyai tabiat menggigit kuku. Sekiranya ditanya, jawapan seperti ‘tabiat sejak kecil’, ‘susah dihentikan’, ‘tak boleh dikawal’ antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa.

Kata mereka, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang. Pelbagai teknik dan petua ringkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Pilih terapi paling berkesan berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah daripada kebiasaan menggigit kuku.


Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, tabiat gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain seperti kuku rosak hingga menyebabkan hujung jari berdarah. Mari kongsi cara berkesan untuk anda hentikan tabiat ini.



Kaji punca
Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.


Alih perhatian
Selepas menyedari kelakuan anda, sebolehnya cuba alih perhatian dengan buatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan.

Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan.


Rawatan
Sesiapa yang ekstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan.

Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang.

Antara cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi. Sentiasa ada alatan ‘manicure kit’. Cuba untuk melakukan ‘manicure’ seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku.


‘Cacatkan’ rasa
Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.

Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus meng­gigit.

Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya.





PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




FENOMENA 'SELFIE'

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,

Mengaku saja jika anda pernah ‘selfie’ atau memang kaki ‘selfie’ kerana tak perlu cakap, daripada gambar saja sudah boleh kita labelkan. Tapi peliknya masih ramai remaja terutamanya lelaki yang malu mengaku suka ‘selfie’ sedangkan memang itu hobinya. MURSHID EUNOS beralih perspektif untuk melihat istilah ‘selfie’ dari sudut lain yang mana ia dianggap fenomena terbaru dunia.


‘Selfie’ merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Entah mana mulanya tapi tiba-tiba tahun 2013, istilah ini dianggap paling banyak digunakan hingga ia diangkat menjadi istilah paling popular.


Kebiasaannya istilah ini banyak dikaitkan dengan Instagram yang mana lebih 80% pemilik akaun laman sosial ini akan menggunakan kaedah ‘selfie’ untuk memperkenalkan diri mahupun menayangkan kepada pengikut atau temannya. 


Sedikit fakta, tingkah laku ‘selfie’ yang mula popular tahun 2013 ini sebenarnya sudah lama bermula sejak aktifnya MySpace kira-kira sembilan tahun lalu namun penggunaannya tidaklah begitu ketara atau drastik.


Mungkin ketika itu laman sosial tidaklah sebesar sekarang kerana penggunaan Internet masih belum menyeluruh ke seluruh dunia dan masih belum ada pendedahan seperti hari ini.


Bagaimanapun mengikut statistik dan kajian dilakukan laman web antarabangsa di Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan yang hampir 95% anak muda sudah tentu memiliki sekurang-kurangnya dua akaun laman sosial sama ada Instagram, Facebook atau Twitter.


Sekitar 2006, MySpace adalah laman sosial terbesar di dunia yang membolehkan anda mempamerkan gambar. Namun 2009, Facebook mula ambil alih pandangan orang ramai terutamanya golongan muda dan pelajar menerusi kelainan dan keistimewaannya dengan reka letak gambar profil yang lebih berkualiti. 


Pada tahun 2010 pula, syarikat perisian gergasi dunia, Apple melancarkan telefon canggihnya, iPhone 4 dengan memperkenalkan teknologi paling canggih ketika itu iaitu kamera depan yang memudahkan pengguna mengambil dan mengawal gambar sendiri.


Setahun kemudian, lama sosial Instagram pula diperkenalkan sekali gus memperkenalkan konsep baru dengan meletak ‘hashtag’ dan lebih banyak ‘filter’ untuk membenarkan pengguna mengedit gambar. 


Itulah permulaan istilah ‘selfie’ mula berkembang sebelum mencetuskan fenomena sepanjang 2013. Mana tidaknya, sesiapa saja boleh mengambil ‘selfie’ daripada ahli politik sehinggalah selebriti.


Semuanya mengambil gambar sendiri dan kemudian mengubah suai gambar itu untuk tampak lebih cantik. Presiden Amerika Syarikat sendiri ‘selfie’ dan hampir kesemua selebriti di dunia turut melakukannya.


Enjin pencarian Google menunjukkan penggunaan #selfie bermula pada lewat 2012. Bermula Januari 2013, jumlah perkataan #selfie saja adalah sebanyak 34,924,648 manakala #selfies sebanyak 3,692,570 dan diikuti #selfiesunday adalah 2,025,077.


Pada tahun 2013, perkataan ‘selfie’ secara rasmi dimasukkan ke dalam Kamus English Oxford dan diumumkan sebagai ‘word of the year’!


Mungkinkah ada lagi fenomena baru lain pula tahun ini? Mengikut pemerhatian, ‘selfie’ masih lagi relevan namun sudah tentunya akan muncul pula istilah lain yang bakal mencetus fenomena untuk 2014.


Pesanan ringkas, menonjolkan diri melalui konsep ‘selfie’ itu tidak salah asalkan tidak menjatuhkan maruah dan reputasi anda dengan bergaya tidak betul dan ‘ber-selfie’ biarlah bertempat! Bimbang bukan orang suka sebaliknya orang mual pula.










PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




MATI DI INAP DESA LEPAS 17 JAM NAHAS

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Kuantan: Seorang lelaki yang cedera selepas terbabit kemalangan jalan raya malam Selasa lalu, sempat minum bersama rakannya sebelum meninggal dunia di sebuah inap desa di sini, kelmarin.


Kira-kira 9 malam Selasa lalu, Pong Kim Loong, 42, jurujual kereta dari Petaling Jaya, Selangor memandu kereta PERODUA Myvi berhenti di persimpangan Jalan Mat Kilau di sini, untuk ke Jalan Air Putih, di sini apabila keretanya dilanggar sebuah lagi PERODUA Myvi yang hilang kawalan.


Kereta dipandu Pong rosak teruk, tetapi dia hanya cedera ringan dan enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya terus pulang ke inap desa itu di Lorong Seri Teruntum, di sini.


Pemilik inap desa terbabit dikenali sebagai Lim, 40, berkata Pong pulang beberapa minit untuk menukar pakaian sebelum keluar untuk minum bersama rakannya di restoran berhampiran.


Katanya, mangsa tidak menunjukkan tanda sakit atau atau luka pada badan, malah sempat menyapanya yang ketika itu sedang membersihkan inap desa berkenaan.


“Pong mendaftar masuk jam 12 tengah hari Selasa lalu, kerana mempunyai urusan kerja serta bertemu rakan lamanya.



“Keesokannya (Rabu), saya melihat badannya sudah lemah dan dia berehat di kerusi ruang tamu. Pada jam 2.30 petang, saya lihat dia tidak sedarkan diri,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.


Lim yang panik dengan keadaan Pong segera menghubungi ambulans yang tiba 15 minit kemudian dan pasukan paramedik mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.



Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman ketika dihubungi mengesahkan kenderaan yang dipandu Pong dilanggar kereta lain di persimpangan berkenaan.




SUMBER : HARIAN METRO







PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




BELI BURGER DAPAT ASID

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,

Pasir Puteh: “Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.


Tuan Zulashraf yang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, dibenarkan keluar namun rakannya itu terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ditempatkan Unit Rawatan Kebakaran.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.


Foto

KEADAAN muka Tuan Zulashraf yang melecur selepas terkena tempias simbahan asid ketika dia bersama rakan membeli burger.


Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.


SUMBER : HARIAN METRO



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




KEASYIKAN LELAKI TERBANTUT

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.

Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.

Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.

“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.






PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




JEPUN PULA KESAN OBJEK

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,


KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
Foto

GRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP


Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.


Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi





PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




FBI TAK JUMPA BUKTI

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,


Kuala Lumpur: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.


Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.



Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.



Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.


Foto


Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - NYT



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




KISAH BENAR : PADAH BERZINA DENGAN PEMBANTU RUMAH

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,

”Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin
melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaima-
napun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.

Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang
dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu
menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya.

                                   


Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan buktiberasas.Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin.

Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk menda-
patkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak
mengalami sebarang masalah seksual.

Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan
mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana
mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah
tangga kami.

Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz
memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah
duduk serumah dengan kami.

Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan
anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk me­nguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang.


Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur
dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina
ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas
bersalin dengan bidan.Layanan amah itu kepada saya memang baik.

Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan
minuman biarpun saya tidak meminta.Walaupun terlanjur, saya langsung
tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada mengambil
air mani saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak
mengesyaki apa-apa.

Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan
kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah
tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina de­ngan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya.

Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan
melalui pemujaan air mani dan masalah dingin terhadap isteri mula saya
alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu.

Sebenar­nya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila
melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki
menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya.

Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk
mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri
kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami.
Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut”.


SUMBER : BERITA HARIAN



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




RENUNGAN DI SEBALIK UJIAN ALLAH

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,
Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius.

Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan.




Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan.

Pakar berkaitan meramalkan suhu panas bakal berlanjutan untuk tempoh panjang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kerana kita terancam dengan pelbagai krisis seperti kebakaran hutan dan penyakit.

Tidak cukup dengan cuaca panas, Malaysia terpalit dengan jerebu yang membimbangkan hingga beberapa tempat mencapai kualiti udara tidak sihat. Malah, ada sekolah di beberapa kawasan diarah tutup buat sementara.

Klimaks kepada ujian yang menimpa negara tentulah tragedi kehilangan pesawat MH370. Sehingga artikel ini ditulis, pakar dari pelbagai negara hanya mampu mengemukakan teori mengenai kehilangan pesawat itu. Namun, di mana sebenarnya pesawat ini masih menjadi rahsia Allah.

Ketika negara menjadi perhatian berikutan kehilangan pesawat ini, dengan tidak diduga Allah melimpahkan rahmat-Nya melalui hujan yang membasahi bumi negara sejak beberapa hari lalu.

Ia sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang kita alami sejak diuji dengan pelbagai ujian. Saya percaya, ujian demi ujian yang Allah rencanakan untuk kita antara tanda betapa Allah merindukan doa hamba-Nya yang semakin ‘sunyi’ sejak akhir-akhir ini.

Lumrah kebanyakan manusia, ketika senang, kita terlalu mudah lupa untuk meminta kepada-Nya. Ketika senang juga kita selalu kekurangan masa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, qiamullail dan doa.

Jika solat pun mungkin tidak khusyuk kerana memikirkan pelbagai tugas dunia yang belum disempurnakan. Usai bersolat, kadangkala kita tak sempat berdoa, sebaliknya terus bingkas bangun dari sejadah untuk mengejar dunia.

Kerana itu apabila ditimpa ujian, manusia akan kembali kepada Allah melalui ibadah dan puji-pujian kepada-Nya. Betapa kasihnya Allah kepada kita, diberi peringatan supaya kembali kepada-Nya.

Peringatan ini juga sebenarnya menyelamatkan kita daripada terus melakukan kemaksiatan yang mengundang azab-Nya kelak.

Namun begitu, dalam masih diuji, kita dikejutkan pula dengan kisah kematian beberapa pengunjung sebuah konsert yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Dikhabarkan, punca kematian disebabkan pengambilan dadah yang dibekalkan pihak tidak bertanggungjawab.

Memang tidak dinafikan, penyalahgunaan dadah sememangnya haram di sisi agama mahupun perundangan negara. Namun sebenarnya, sebagai negara Islam yang menjadi contoh kebanyakan negara lain, kita sepatutnya membuka mata dengan lebih luas untuk memandang lebih daripada itu.

Di dalam Islam, ada sebuah kaedah dipanggil ‘Sadd Az-Zara’e’. Kaedah ini ialah dengan menutup ‘pintu’ yang menjadi punca kepada pelbagai masalah lebih besar.

Yang pasti, ‘pintu’ kepada isu dadah yang menyebabkan kematian ini adalah penganjuran konsert yang sebenarnya tidak sesuai dijadikan aktiviti untuk diisi golongan remaja.

Selain mengundang percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan, ia terdedah kepada dosa besar lain seperti minum arak, zina, pengabaian solat dan banyak lagi kemaksiatan lain.

Jika tiada kebenaran diberi untuk penganjuran konsert seperti ini, bukan saja kes kematian akibat dadah dapat dielak, malah pelbagai lagi ‘bencana’ seperti kelahiran anak luar nikah serta penyakit berbahaya seperti AIDS.

Allah menimpakan pelbagai ujian dan musibah untuk membuatkan hamba-Nya berfikir.

Namun jika hamba-Nya masih tidak mahu berfikir, tidak mustahil Allah bakal menimpakan azab bukan saja kepada kepada si pelaku maksiat, bahkan kepada seluruh manusia di negara ini. Nauzubillahiminzalik – Hmetro Online




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




BUKA PAKAIAN SETELAH TERKANTOI

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


SELAYANG – Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.


Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah – Sinar Harian





PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




ALEESYA TERUJA SAMBUT HARI LAHIR YANG KE-5

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Wah… pantas betul masa berlalu kan, tup2 dah semakin besar Engku Aleesya, anak kepada bekas juara ratu cantik Malaysia ini… bila besar nak jadi ape dik? hehe… apapun Alesya memang comel sebiji macam Erra.




“Someone is very excited preparing her bday party next week. weeeewitttt!! – Erra Fazira”



Kata Erra melalui akaun Instagramnya, Aleesya begitu teruja untuk menyambut hari lahirnya yang ke 5 pada 4 April minggu depan. Semoga Aleesya terus membesar dengan sihat dan dirahmati Allah 

Sumber– Berita-Harian.net





PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




AKSI 'PANAS' GADIS BERJUBAH , BERTUDUNG LABUH..

Publish on : Friday, March 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh kini tersebar di internet.

Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.

Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.






Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab – sumber






PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




MH370 : GURAUAN KAPTEN ZAHARIE BENAR-BENAR JADI KENYATAAN....

Publish on : Thursday, March 27, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,
MENERUSI ruangan komen di akaun Facebook ‘Friends of Captain Zaharie’ yang didedikasi khas buat juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie, seorang rakannya telah berkongsi kata-kata gurauan beliau tahun lalu.

kkMohaza Mohaza berkata, dia tidak menyangka kata-kata Zaharie yang juga dikenali sebagai Arie itu bersangkut-paut dengan insiden tersebut.
Katanya:


“Zaharie (Arie)..jika ini lah suratan takdirnya..mengerti lah saya kini apa yg di ucapkan oleh mu pd saya di pagi hari raya Aidil Fitri tahun lalu (di tanah perkuburan Jln Perak, Pulau Pinang). Rupa2nya ia adalah satu tanda kiasan dari mu yg kau akan pergi meninggalkan semua.


zaharie-300x132


Zaharie beritahu saya (secara gurauan) yg saya tidak akan jumpa kubur/pusara nya. Ini lah rupa maksudnya. Baru saya mengerti…pusaranya di Lautan Hindi. Al-Fatihah..moga Allah SWT mencucuri setinggi2 rahmat keatas rohnya & juga muslimin muslimat MH370 kesemua nya & di tempatkan bsama2 mereka yg berIman. Aamiin.”

Akaun tersebut kini mencatat 21,243 ‘likes’ daripada orang ramai – Mynewshub.my




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




GAMBAR "DATING" ZIZAN & EMMA MAEMBONG

Publish on : Thursday, March 27, 2014 10 Komen Membina : Labels : , , ,
Gambar Dating Zizan dan Emma Maembong yang baru-baru ini meluangkan masa bersama. Pasangan yang enggan declare status mereka secara umum ini, memang kelihatan mesra,rapat dan ramai menggelarkan mereka sebagai pasangan kekasih.


Gambar 'Dating' Zizan Dan Emma Maembong , pelakon bercinta, hiburan, info, gossip,

Mereka telah dilihat meluangkan masa bersama ke salun rambut untuk membuat rawatan dan penjagaan rambut bersama-sama.

Memang romantik pasangan Zizan Razak & Emma Maembong ni.

Emma maembong baru-baru ini telah bercuti ke Thailand bersama-sama rakan perempuannya dan meluahkan rasa rindu kepada Zizan ketika di Thailand.


Jom lihat gambar terbaru mereka berdua.


Gambar 'Dating' Zizan Dan Emma Maembong , pelakon bercinta, hiburan, info, gossip,
Gambar 'Dating' Zizan Dan Emma Maembong , pelakon bercinta, hiburan, info, gossip,





Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




"PAPA KAT SYURGA , KALAU NAK PAPA KENA BACA DOA SELALU..."

Publish on : Thursday, March 27, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,
“Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik, papa di syurga, kalau nak papa kena baca doa selalu…”

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.


Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

“(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” – Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

“Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.”


Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan “I love you” menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy’ (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.


Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

“Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi..” – Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane’ papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SHEILA AMZAH DIKECAM TERUK RAKYAT CHINA

Publish on : Thursday, March 27, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,
Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.


Shila Amzah dikecam teruk rakyat china, info, hiburan, penyanyi,

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.


Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.


Shila Amzah dikecam teruk rakyat china, info, hiburan, penyanyi,


Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.


Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.


Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.


“This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality.”


“As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ ‘\​​’ patriotic dog \ ‘\​​’, online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people’s reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?”


“Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you.”

Sumber : wancrazykid




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




PUNCA SEBENAR PELAWAK, ALI MAMAK MENINGGAL DUNIA

Publish on : Thursday, March 27, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,
Penyanyi dan pelakon komedi popular era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.


Allahyarham yang popular menerusi sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor, untuk pengebumian sebelum Zohor.
Salam Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




RAMA-RAMA MUNCUL DUA HARI SEBELUM TRAGEDI MH370

Publish on : Wednesday, March 26, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,
Nampaknya mimpi Ustaz Darul Manzil tidak berakhir disini, seorang lagi pembaca Blog Berita-harian.net bernama ron sharkimmie  tampil memberikan pandangan beliau mengenai tragedi yang menimpa pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi semalam. Berikut adalah “bayangan” beliau 2 hari sebelum MH370 hilang:






Assalamualaikum wtb,

Salam penuh keinsafan, saya di sini terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang saya sendiri rasa tertahan-tahan dan bingung dengan apa yang saya nampak. Saya bukan bomoh (teropong) atau ahlul nujum yang sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah sebagai satu sumpah dan perkataan yang mampu untuk menyakinkan sesiapa yang mendengar atau membaca kisah ini.


Saya, sebelum kejadian MH307 yang telah menjadi satu tragedi negara mahupun dunia, yang sebelumnya mata-mata dunia tidak kenal Malaysia, kerana ada yang kata Kuala Lumpur adalah ibu negara Indonesia (kesian tak tahu). Saya merasakan sesuatu yang agak aneh berlaku (kebetulan) pada sekeliling saya. Rama-rama putih mengelilingi saya, kejadian ini bukan dalam waktu tidur (mimpi) tetapi pada keadaan sedar “Real Time”. Selalunya bila ada rama-rama putih ni saya dapat tahu ada orang akan hubungi saya untuk minta tolong (perubatan). Tetapi apa yang berlaku setelah rama-rama putih beransur, rama-rama hitam muncul. Biasanya bila ada rama-rama hitam mendekati saya, saya akan merasa kurang selesa kerana apa yang berlaku dua ke tiga hari nanti adalah sesuatu yang agak kurang senang keputusannya (harap kebetulan).


Setelah dua hari kejadian tersebut berlaku, kita, satu Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370, isteri saya dengan pantas mendapatkan saya dengan menyampaikan berita tersebut. Saya pun mendapatkan maklumat mengenai kejadian tersebut, maaf saya katakan disini bukan saya buat-buat, saya seperti digambarkan dalam kapal terbang sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Darul Manzil. Saya nampak keadaan yang agak cemas dan masing-masing dalam keadaan yang kurang selesa. Mereka tidak dibenarkan untuk bergerak waima berdiri di kerusi mereka sendiri. Mereka perlu patuh pada arahan yang dikeluarkan. Saya tidak tahu dari mana datang arahan itu, cuma apa yang saya boleh gambarkan keadaan dalam kapal terbang begitu tegang.


Anak-anak kapal tidak kelihatan, walau seorang pun. Saya digambarkan dengan pandangan dari bahagian belakang ke hadapan kapal terbang. Saya digambarkan dengan keluasan dan saiz kapal terbang sebenar MH370. Mungkin disebabkan terlalu memikirkan kejadian kehilangan MH370 sehingga saya terbawa-bawa dalam mimpi. Saya didatangai seorang perempuan sambil mendukung bayi sebanyak 2 kali pada setiap malam berturut-turut. Anehnya saya yang meminta tolong untuk diselamatkan (kata orang mimpi selalunya terbalik) tetapi perempuan tersebut menggelengkan kepala dan lenyap dari pandangan.


Sehingga hari ke empat dan kelima saya masih digambarkan dengan keadaan dalam kapal terbang yang serupa, tetapi saya memohon pada Allah agar pandangan ini dilenyapkan seketika untuk saya menumpukan pada hal-hal keperluan saya sehari-hari. Tetapi saya di gambarkan sekali lagi dengan pandangan yang kurang enak iaitu tempat duduk dalam kapal terbang tanpa penumpang dan bercahaya pada awalnya dan kawasan sekeliling gelap, tiada cahaya.


Hari seterusnya, saya memohon pada Allah swt untuk digambarkan lagi dengan keadaan penumpang MH370, malangnya saya digambarkan dengan gambaran yang sama iaitu tempat duduk kosong tanpa penumpang dan dari bercahaya sehingga gelap. Sehingga ke hari ini saya tak dapat melihat apa-apa gambaran sebagaimana peringkat awal hingga cahaya gelap menyelubungi kapal terbang tersebut. Dan pada jangkaan saya ianya bermaksud ianya telah berakhir. Berakhir tanpa sebarang berita yang betul-betul sahih dan menjadi misteri MH370…..


Di sini saya memohon maaf atas apa yang saya lontarkan. Ini adalah pengalaman saya yang saya ingin kongsikan bersama. Maaf sekiranya ada sebarang ketelanjuran.

Wallahuaklam…

Mungkin apa yang ditulis beliau ada benarnya atau sebaliknya, terpulang pada pembaca untuk menilainya sendiri.

SUMBER : BERITA HARIAN




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




PELAJAR 15 TAHUN DICABUL DI DEPAN SEKOLAH

Publish on : Wednesday, March 26, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


KAMPAR – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sebuah sekolah menengah, di sini, trauma apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya di hadapan sekolah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sedang menunggu seorang diri di kerusi hadapan sekolah terbabit didatangi seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.




Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika berada tidak jauh daripada pintu utama sekolah terbabit, secara tiba-tiba lelaki yang tidak dikenalinya itu terus memeluk mangsa.

“Berlaku pergelutan sehingga mangsa jatuh ke lantai. Suspek juga bertindak mengoyak baju yang dipakai mangsa. Mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.


“Mangsa mengalami sakit di bahagian dada terus memberitahu kejadian itu kepada bapanya yang tiba tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis di Balai Kampar,” katanya di sini, hari ini.

Kong Soon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV di kawasan parkir dan masih mengesan suspek berkenaan.

“Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan maklumat dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar atau menghubungi talian 05-4650020,” katanya – Sinar Harian



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




USTAZ DARUL MANZIL BERMIMPIKAN PESAWAT MH370

Publish on : Wednesday, March 26, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.




Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – Ustaz Darul Manzil



Sumber: berita-harian.net



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN CENCARU BAKAR

Publish on : Sunday, March 23, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,



Bahan:
1) Ikan cencaru - dibersihkan (2 ekor)
2) Daun pisang (1 helai)
3) Bawang besar - dicincang kasar (1 biji)
4) Bawang putih - dicincang kasar (3 ulas)
5) Serai - diracik halus (1 batang)
6) Halia - dicincang (2 cm)
7) Cili padi (1/4 cawan)
8) Jus limau nipis (sedikit)
9) Serbuk kunyit (sedikit)
10) Minyak (sedikit)
11) Garam (sedikit)


CARA PENYEDIAAN : 

1) Masukkan bwg putih , bwg merah , halia , serai dan cili padi dalam pengisar ( pengisar bahan kering ).
2) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi bersama dengan kunyit dan sedikit garam .
3) Tambahkan sedikit air . Renihkan sampai peah minyak dan aromanya naik . 
4) kemudian tambahkan jus limau nipis . kacau sebati dan ketepikan ....
5) Taburkan sedikit garam pada permukaan ikan.
6) Sumbatkan bahan2 td pada belahan perut ikan . sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar , kemudian lapikkan dengan daun pisang .
7) sapukan sedikit minyak atas permukaan daun pisang , ratakan lebihan bahan kisar td atas daun pisang . Aturkan ikan diatasnya . sapukan juga bahan sumbat td atas permukaan ikan dan balutkan dengan daun pisang . bakar sehingga masak ... Selamat mencuba :)



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SOM TAM

Publish on : Saturday, March 22, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji betik muda | dihiris halus
  • 50 gm kacang panjang | dipotong sepanjang 3 cm
  • 2 biji tomato | dihiris memanjang
  • 50 gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 2 sudu makan cili padi yang dihiris
  • 2 sudu makan kicap Thipharos (sejenis kicap Thai) -boleh digantikan dengan sos ikan.


CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas.
2. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dinikmati.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




5 RAHSIA HACK 8SHARE.COM UNTUK EARNING BERGANDA

Publish on : Friday, March 14, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Ramai sudah mengetahui apa itu 8share.com dan sudah menjana pendapatan dengannya. 8Share.com menyediakan beberapa cara mudah untuk anda menjana pendapatan secara online dengan mudah seperti menjawab survey ringkas, invite rakan anda untuk join sekaki dan juga berkongsi kempen yang sedang berjalan daripada pengiklan.


#1. Pos Kempen Di Facebook
Semua orang ada Facebook kan? Facebook umpama dadah dalam dunia maya. Seharian tak dapat berfacebook boleh menyebabkan seseorang gelisah. Jadi gunakan kesempatan ini dengan kemaskini status Facebook anda berserta link kempen yang anda dapat.

Namun, anda diingatkan supaya tidak masukkan kesemua link kempen anda sekaligus pada 1 status kerana tindakan anda boleh menyebabkan anda diban dari 8share.com selama-lamanya. Hanya 1 link untuk 1 kempen pada 1 status Facebook.



#2. Tweetkan Kempen Di Twitter
Twitter merupakan medium sosial yang amat mudah dan menyeronokkan. Caranya sama seperti anda kemaskini status Facebook anda. Kemaskini status twitter anda dengan link kempen dan klik tweet.


#3. Promosi Di Blog
Beruntunglah jika anda mempunyai blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Anda boleh membuat artikel khas mengenai kempen yang sedang berjalan atau hanya meletakkan link kempen tersebut dimana-mana sahaja dalam blog anda.


Tapi berhati-hati. Anda dilarang meraih simpati daripada pengunjung blog anda seperti: “Tolong Klik Ya”, “Please Click This Ads” dan sebagainya yang mempunyai maksud yang sama.

#4. Update Status Pada Instant Messenger (IM)
Anda digalakkan untuk sertakan sekali link kempen anda pada mana-mana IM yang anda aktif seperti Yahoo Messenger, Gtalk, Skype dan lain-lain lagi.


#5. Emel Kepada Rakan
Berapa ramai yang menggunakan kaedah ini? Saya rasa mungkin ada 5% sahaja. Namun diingatkan jangan terlalu emel kepada rakan-rakan anda dengan link kempen kerana boleh menyebabkan anda dikira sebagai seorang kaki spammers oleh rakan anda!


Kesimpulan
8Share.com adalah satu platform mudah untuk anda membuat duit secara online walaupun anda tidak mempunyai blog. Cukup dengan Facebook, Twitter mahupun IM anda.


credit to : http://hotmasakini.blogspot.com/2013/04/5-rahsia-hack-8sharecom-untuk-earning.html



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




KARIPAP INTI IKAN

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,
\

Bahan Kulit Karipap :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
  • Sedikit air
Bahan Inti Karipap:
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
  • 1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
  • 1 sudu kecil halba
  • 6 ulas bawang merah } mayang halus
  • 1 inci halia} mayang halus
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)

2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.

3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa

4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering

5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.

6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SERI MUKA / TOK HAJI SERBAN

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,



Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair dan sedikit garam

Lapisan Atas
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • ½ cawan gula merah
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh garam


Cara Memasak
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




PUTERI MANDI

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,


Bahan-bahan:
  • 1 paket tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan air daun pandan

Inti:
  • 1 biji kelapa parut muda
  • Gula melaka secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Membuat:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.


Sumber :Majalah Rasa Januari 2003



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




TEPUNG BUNGA

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,



Bahan-bahan:
  • 500 gram tepung pulut
  • 3 biji telur ayam
  • 2 cawan air
  • Gula secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak. 
  4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




BRONOK SAGU

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,



Bahan-Bahan:
  • 2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu) 
  • 1 1/2 cawan gula 
  • 3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah
  • 2 cawan air
  • Kelapa parut ambil yang putihnya saja 
  • Secubit garam

Cara membuat:
1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.
3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.
4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Sumber : http://ummuayman.wordpress.com/category/resepi/kuih-muih/



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




PULUT LEPA / PULUT PANGGANG

Publish on : Sunday, March 09, 2014 10 Komen Membina : Labels : , ,

Bahan-bahan:
  • 1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam 
  • 1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi) 
  • garam secukup rasa 
  • Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya. 
  • Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi) 
  • kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Penyediaan:
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner