IKAN BAKAR TOMYAM

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kesturi
  • aluminium foil

Bahan B
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara membuat
1: gaulkan semua bahan B bersama pes tomyam dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.)
2: letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. kemudian bungkus kemas.
3: bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30minit.
4: perahkan limau semasa menghidang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)








 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner