CURRY LAKSA NYONYA

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAN KUAH LAKSA
  • 50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
  • 1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • 1 liter santan
  • 1 liter air rebusan kulit udang
  • 2 kiub ikan bilis "Maggi"
  • 1 camca besar sos ikan
  • 250 g bawang merah*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 20 g belacan, dibakar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 8 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

BAHAN LAKSA
  • 1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
  • 500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
  • 200 g taugeh, cuci dan buang ekor
  • 1 biji timun, hiris halus
  • 2 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
  • 2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
  • Belahan limau kasturi@limau nipis
  • Hirisan halus pucuk daun kesom
  • Hirisan bunga kantan
  • Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
  • 2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
Akhir sekali boleh lah sediakan laksa dan bahanya diatas serta kuah panas sedap......




PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




NASI LEMAK

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




Bahan-bahan ( 4-6 orang )

Bahan untuk nasi:-
  • 2 cawan beras basmathi
  • 1-1/2 cawan santan n 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • 1sb garam

Cara-cara penyediaan nasi:

-Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

Bahan untuk sambal:

  • segenggam Ikan bilis goreng (jangan garing sangat)
  • 20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
  • 2biji bawang besar hiris
  • 7 ulas bawang merah dikisar sederhana halus
  • 2inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
  • asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
  • Gula(sukatan mengikut kemanisan yang anda suka) , garam dan secubit serbuk perasa

Cara menyediakannya

1) Panaskan minyak,masukkan bawan besar hiris hingga kekuningan kemudian tumis bawang merah kisar kacau hingga agak garing-guna api sederhana
2) Tumis cili kering kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3) Masukkan belacan-tumis lagi
4) Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Sebelum angkat masukkan ikan bilis goreng

Bahan sampingan lain :-

-Ikan bilis goreng
-telur rebus
-kacang goreng
-timun.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




BENDI GORENG UDANG KERING

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAB-BAHANNYA:

  • 500gm bendi 
  • 3ulas bawang putih - hiris
  • 5biji bawang merah - hiris 
  • 3biji cili masak - hiris 
  • 50gm udang kering - tumbuk halus 
  • 30gm ikan bilis - belah dua 
  • 2sb soy sos 
  • 1sb kicap sotong 
  • garam dan perasa secukupnya

CARA-CARANYA:

Bendi potong serong, panas kan minyak kemudian masukkan bahan2 hiris biar naik bau barulah letak udang kering dan ikan bilis, kacau lagi..bolehlah masukkan bendi serta soy sos, kicap sotong, garam(kurangkan kerna soy sos dan kicap sotong dah masin) kacau lagi dah siap untuk dimakan panas.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




ASAM PEDAS IKAN PARI LADA HITAM

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan A
  • 500 gram ikan pari (dibersihkan dan dipotong)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 tangkai serai (diketuk)
  • garam secukup rasa
  • minyak masak bagi menumis
  • daun sup (dipotong pendek)

Bahan B
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan lada hitam

Cara membuat
1; toskan ikan pari.
2: panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. kemudian masukkan serai.
3: masukkan air asam dan biarkan sehingga mendidih.
4: masukkan ikan, garam dan tomato.
5: biarkan kuah reneh sehingga sedikit pekat.
6: masukkan daun sup dan sedia dihidangkan.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN BAKAR TOMYAM

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kesturi
  • aluminium foil

Bahan B
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara membuat
1: gaulkan semua bahan B bersama pes tomyam dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.)
2: letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. kemudian bungkus kemas.
3: bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30minit.
4: perahkan limau semasa menghidang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




STIK IKAN

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan A
  • 2 potong ikan tenggiri (dibersihkan dan ditos)
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan B (sayur-sayuran)
  • 100gram brokoli / bunga kubis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • sos lada hitam

Cara membuat
1: perapkan ikan dengan semua bahan A selama 30minit.
2: bakar menggunakan pemanggang sehingga nampak garing.
3: hidangkan dengan brokoli, lobak merah, tomato dan sos lada hitam.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




NASI AYAM RINGKAS

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan-bahan (utk membuat sup)
  • Ayam di rebus
  • Air rebusan ayam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Halia di hiris 
  • 3 biji Bawang putih di ketuk
  • Sup bunjut
  • Bahan perasa
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Kiub ayam

Bahan utk memasak nasi ayam
  • 1inci Halia di hiris halus
  • 1 biji Bawang putih di hiris halus
  • Garam
  • Mejerin
  • Pewarna kuning
  • Air rebusan ayam

Bahan utk perap ayam
  • Kicap

Bahan utk hiasan
  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato

Cara-cara memasak sup.
1. Bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang putih di gorengkn. Setelah garing angkat dan masukkan dalam air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan halia, sup bunjut, kiub ayam dan bahan perasa. Biarkan mendidih. Agak2 dh cukup rasa blh tutup api.

Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan isi air rebusan ayam td mengikut sukatan beras yang ingin di masak.
2. Masukkan halia, bawang putih, pewarna kuning, garam dan majerin ke dlm beras td dan kacau kemudian masak.

Bahan untuk ayam
1. Ayam yg di rebus tadi di angkat dan isi kicap.
2. Setelah selesai masak sup dan nasi boleh goreng ayam pula.

Selamat mencuba!



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




TUTORIAL : DONATE BUTTON DIBAWAH ENTRY

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



1. LOGIN --> DASHBOARD --> TEMPLATE -->EDIT HTML

2. KLIK CRTL + F DLM KOTAK CODING

3. CARI KOD 

<data:post.body/>


4. MASUKKAN KOD 

<!-- Donate button Start -->
<a href='YOUR CHURP2/HEARTBEAT/SAYS/DLL LINK' target='_blank' title='Thanks You'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-9atqFUTjzbDEx7RyLe69xYz-9NU5gBhnhU6SH4jx4-K2Nr42D-3FQYOaRPX1ZGnNSOosBmu4QtFMZFAyLENUBpjDXJX2-Wkgh5-oGy_FKAmTRVn9ggWZQukd_9Cn9sLTnJSsd0x_gzU/s1600/1.png' width=''/></a>
<a href='http://wanhazel.blogspot.com/2012/02/tutorial-pasang-donate-button-bawah.html' target='_blank' title='Get This Button'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipys3NZ4QKqDEOLCYMjSYFB90wqmBZ0h5BJPKS6JmkEbsO6oFD8qOTXvOU5roapMvIYExvIkLmQmDCmbQBaCMmVUFs-v5hcsvhIfeayZ4ms5K44tPl1FQ79U-ScrmnNZherVHiocRm2jU/s1600/2.png'/></a>
<!-- Donate button End -->

5. BAWAH  KOD <data:post.body/>



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




TUTORIAL : BUTTON SHARE FB DISETIAP ENTRY

Publish on : Friday, February 28, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




button ini amat penting untuk menaikkan trafik blog anda. dengan cara yang mudah,anda dapat share entri anda ke wall sendiri atau kawan2, group, fanpages, private mesej. ini salah satu cara untuk promote blog jugak .


1. login blog > template >edit html
2. cari kod

<data:post.body/>
3. paste kod dibawah tepat di bawah/selepas kod di atas

<div style='float:right;padding:4px;'><a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/><script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/></div>

4. preview .. kalau tak de error .. boleh save :)
selamat mencuba ..


P/S: biasanya kod <data:post.body/>  ada lebih dari satu dalam sesebuah template. cara untuk pastikan,setelah korang paste kod itu di ruangan Find dengan cara klik CTRL + F di ruang edit html,skrol sampai ke bawah untuk pastikan kod tersebut ada berapa banyak. jika lebih dari satu kod,maka korang kena paste satu persatu kod tersebut dan preview.jika kod pertama tidak menjadi,paste di kod kedua dan seterusnya



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




NASI TOMATO RINGKAS

Publish on : Sunday, February 16, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAN-BAHANNYA
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.

Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.

Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.



Recipe by: Mat Gebu - tiffinbiru dot com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN SIAKAP 3 RASA

Publish on : Sunday, February 16, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap (yang dah dibersihkan)
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)


BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- dipotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, . Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas..
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




AYAM MASAK WANGI

Publish on : Sunday, February 16, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:
3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




KARI AYAM GAYA

Publish on : Sunday, February 16, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAN-BAHANNYA
  • 1/2 ekor ayam, potong pada 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap satu, rendam
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 camca teh halba
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia, hiris halus
  • 2 biji bawang merah, hiris halus (boleh guna 4 biji)
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • 3 1/2 camca besar rempah kari daging (boleh guna Baba's)
  • 3 camca besar cili kisar (boleh letak 2 camca)
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Gaul rempah kari dengan cili kisar, jika perlu tambah sedikit air, kacau hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih halia, jintan kasar, halba, bunga lawang, kayu manis dan daun kari hingga harum. Masukkan pes rempah kari tadi dan tumis hingga rempah garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan ayam dan kentang (toskan), gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam sedikit tenggelam). Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah jus asam jawa dan pati santan.

Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...


Recipe by: Mat Gebu - tiffinbiru.com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




AYAM GORENG TOMYAM

Publish on : Sunday, February 16, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAN2 :
  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
  • 1 biji buah tomato ( belah 6 )
  • garam
  • sedikit gula ( optional )
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut


Cara penyediaaan
1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.


Resepi By: potretkasih.com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1/2biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1/4 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 helai daun limau purut | buang urat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
  • Garam, gula
  • Daun ketumbar, daun bawang

Cara:
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




TELUR REBUS GORENG MASAK MERAH

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



bahan-bahan :

  • 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar) - optional
  • 1 senduk cili giling (-/+)
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak
  3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa
  4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
  5. Masukkan telur dan gaulkan. 
  6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.
Resepi By: dayangjack.blogspot.com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN MASAK MASAM MANIS DAUN LIMAU PURUT

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak

Boleh tambah
  • 3-4 helai daun limau purut ( di potong atau disiat sedikit )
  • sepotong karot ( hiris memanjang ) – boleh taruh sayur lain spt jagung muda, kobis bunga dll
  • sedikit kicap
  • sedikit sos ikan

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga daun limau purut cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


Resepi By: potretkasih.com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




IKAN TENGGIRI ASAM REBUS

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,


Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri

Bahan dikisar halus
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2-3 cili merah

  • 1 batang serai
  • 1-2 keping asam keping
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 1/4 biji nenas - dihiris nipis
  • 1 kiub perisa ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 1 liter air


Cara membuatnya:

Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Masukkan asam keping dan serai. Rebus selama 30 minit dengan api sederhana.

Masukkan tomato dan nenas. Biarkan seketika.

Masukkan ikan dan perisa ikan bilis dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak. Tutup api dan sedia dihidang.

resepi By: dapurdriyadh.blogspot.com



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SOTONG MASAK KICAP BERLADA

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




BAHAN-BAHAN :
  • 2kg sotong, siang dan cuci bersih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu cili kisar
  • kicap manis cap kipas udang

cara:
  1. rebus sotong.. angkat dan toskan..
  2. tumbuk bawang merah.. bawang putih.. dn halia..
  3. panaskan minyak.. tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.. masukkan cili kisar..
  4. masukkan sotong.. bawang besar dan cili hijau..
  5. masukkan kicap.. tambah sedikit aji kalau suka..
  6. tutup api.. sedia untuk dihidang..



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA MERAH

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,





Bahan:
  • 4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
  • 1 mangkuk tempoyak
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji cili merah*
  • segenggam cili api merah*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 batang serai dititik
  • 3 helai daun kunyit
  • garam & aji
  • sedikit gula kalau suka

Cara:
  1. ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2..
  2. tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..
  3. masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
  4. bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




KETAM SWEET SOUR

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,



BAHAN-BAHAN :
  • 3 ekor ketam
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar di potong bulat2
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cawan tomato sos
  • 1 cawan cili sos
  • 2 cawan air
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 butir telur
  • daun bawang utk hiasan
  • minyak utk meggoreng

CARA PENYEDIAAN :
  1. ketam di bersihkan dan di lumur dgn sebuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng setengah masak.
  2. ketepikan.
  3. kurangkan lebihan minyak goreng hingga tinggal anggaran 1 cawan
  4. tumis bawang putih hingga naik bau
  5. masukan cili kering kisar.
  6. tumis hingga naik bau
  7. masukan kedua2 sos
  8. masukan air
  9. masukan gula
  10. rasakan garam,jika kurang tambah sedikit garam
  11. telur di kocak2
  12. bila sudah mendidih,masukan telur,bawang besar
  13. akhir sekali masukan ketam
  14. gaul sebati
  15. sedia untuk di hidangkan



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SAMBAL PETAI UDANG

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




BAHAN-BAHAN :
  • 1kg udang - dibasuh dan bersihkan
  • 30 bj cili kering - potong buang biji di rendam dengan air panas atau rebus dan kisar halus
  • 1 biji bawang besar merah - hiris bulat
  • 3 batang petai kupas kulitnya
  • sedikit belacan *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah kecil*
* ditumbuk
  • air asam jawa
  • garam & gula
  • minyak masak


CARA PENYEDIAAN :
Panaskan minyak... tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kering kisar kacau hingga cili garing dan pecah minyak dan masukkan gula pasir agar cili kering tumis tadi bertukar warna merah gelap, perasakan dengan garam dan air asam jawa kacau sekejap dan masukkan udang kecilkan api kacau rata biarkan udang separuh masak dan boleh masukkan hirisan bawang besar tutup tudung kuali dan biarkan udang masak dan mesra. Akhir sekali masukkan petai kacau sekejap dan boleh matikan api.







PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




CHINESE CHIVE DUMPLING

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




Bahan-bahan ( 36 biji )


Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)

Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya




Cara-cara

Sediakan doh untuk kulit:

Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.




Untuk Inti:

-Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.

-Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.

- Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




SUP SIAM

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 1 dada ayam (potong kuib kecil)
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • 1 batang lobak putih (potong sederhana nipis)
  • Sedikit Brocoli (potong kecil)
  • Sedikit bunga kobis (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • Sbatang serai (diketuk)
  • 1 inc lengkuas (diketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun sup
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

1.Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,bawang putih, lengkuas, serai dan cili padi hingga naik bau.
2. Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Biarkan mendidih.Masukkan pula lobak merah, lobak putih, putik jagung dan bawang besar.biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan brocoli, bunga kobis, cili merah, tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Biarkan masak.
4. Masukkan pula daun sup.Biar layu.Perahkan limau kasturi ke dalamnya.Sedia utk dihidang.



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




CUCUR UDANG

Publish on : Saturday, February 15, 2014 10 Komen Membina : Labels : ,




Bahan-Bahan:
Bahan untuk cucur :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 1 sudu kecil baking powder- larutkan dengan setengah cawan air panas
  • ½ sudu kecil bikarbonat soda
  • 300 gram udang sederhana
  • Taugeh dan kucai secukupnya
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk membuat sos :
  • 8 biji cili merah- dibuang biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • ½ cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu cuka makan

Cara:
Masukkan dan gaul semua bahan cucur kecuali larutan baking powder. Setelah sebati masukkan larutan baking powder tadi.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum menggoreng.

Sementara itu, panaskan minyak bersekali dengan senduk acuan. Bila minyak panas, masukkan adunan ke dalam senduk dalam anggaran 2 sudu, letakkan udang dan goreng hingga kekuningan.

Untuk Sos :

Kisar cili dan bawang. Masak cili dengan air atas api kecil. Kemudian masukkan tepung jagung (kacau dengan 3 sudu air) dan cuka. kacau terus sehingga agak pekat dan angkat



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner