IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI

Publish on : Saturday, November 23, 2013 10 Komen Membina : Labels : ,





  • 4 keping ikan tenggiri

Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit
Kemudian goreng hingga kuning keemasan
angkat , toskan minyaknya dan ketepikan


  • 2 batang serai ~ dititik
  • 1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
  • 2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan sedikit air
  • 1 kiub ikan
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar

  • 3 cm halia
  • 1o tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ~ ambil bahagian bawah sahaja
  • Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air


CARA PENYEDIAAN

  1. panaskan minyak..
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum
  3. Kemudian masukkan serai yang telah dititik
  4. Tambahkan air asam jawa secukupnya
  5. biar hingga kuah merenih
  6. Masukkan lada hitam dan kiub ikan biar didih
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  8. masukkan ikan yang telah di goreng tadi
  9. Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit
  10. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan lada
  11. Sedia dinikmati bersama nasi



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




RESEPI KUPANG BERLADA

Publish on : Thursday, November 21, 2013 10 Komen Membina : Labels : ,



Bahan bahan
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dikisar
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih   - dikisar
inci halia - tumbuk
2 batang serai
2helai daun limau purut
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1. Kisar lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga kering dan naik minyak.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.

3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.

4. Tak perlu tambah air, biarkan sehingga kupang terbuka . sedia utk dihidang



PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS :)




 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner